Kerana Aku Hidup Untuk Dakwah

jangan mengalah

Bilakah kali terakhir kita rasa betul-betul bersemangat mahu mengubah dunia, sepertimana yang pernah kita rasakan usai mendengar Ini Sumpah Kool dan Saya Haibat?Bilakah kali terahkir kita merasakan yang kita benar-benar hidup kerana tarbiyah, untuk dakwah?

Bilakah kali terkahir jiwa kita tergugah membaca bahan-bahan fikrah tulisan tangan berdarah oleh masyaikh dakwah?

Bilakah kali terakhir kita terasa seperti mahu melompat kegirangan penuh hoyeah sambil hidung kembang kempis penuh semangat mahu menyentuh hati-hati di luar sana?

Dan bilakah kali terkahir kita merasakan bahawa tarbiyah dan dakwah ini benar-benar memberikan harapan, betapa Islam akan menang di tangan-tangan kita?

Rasa-rasanya macam sudah agak lama kan?

Kita sudah tidak lagi merasakan kelazatan menghadiri bulatan-bulatan imaniyah dan rabbaniyah.

Kita sudah tidak dapat lagi memaknai buku-buku fikrah dan bahan-nahan tarbiyah yang kita telaah.

Kita sudah lupa akan betapa hangatnya nikmat berukhuwwah di atas jalan dakwah.

Kita sudah tidak dapat menikmati ayat-ayat chentaNya yang suatu ketika dahulu seringkali mengusik jiwa kita yang paling dalam.

Read the rest of this entry

Salam Ukhwah

Selamat Datang Ke website BAKTI 2015.Laman ini ditubuhkan pada 3 Mac 2015 bagi menaikkan markah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit dalam pertandingan Anugerah Asrama Terbilang (AAT). Laman ini ditubuhkan oleh ahli BAKTI dengan kerjasama dan dorongan oleh semua guru-guru BAKTI. Laman ini bertujuan memberi info-info semasa mengenai surau sekolah dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak BAKTI