IFTAR JAMAIE’

         Pada 14 Jun 2017 , program ‘Iftar Jamaie’ telah diadakan bertempat di Dewan Makan . program ini telah melibatkan semua pelajar , para guru serta pekerja swasta BRaInS. Program ini diadakan bertujuan meraikan kehadiran Ramadan dan merapatkan hubungan antara warga BRaInS ini diserikan lagi dengan kehadiran para guru dan warden bersama anggota keluarga masing-masing. Nasi Arab menjadi menu utama dalam program tahunan ini.

Advertisements

KEM AL-QURAN

Bermula 26 Mei 2017 hingga 31 Mei 2017 , Kem Al-QURAN telah diadakan di Surau As-Syakirin melibatkan pelajar Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) Tingkatan 1 dan 2. Kem ini berlangsung selama 6 hari bermula pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam bertujuan untuk membaiki dan memperbetulkan bacaan Al-Quran oleh para pelajar. Semua guru TMUA terlibat secara langsung bagi menjayakan program ini.

UJIAN HAFAZAN (MAIDAM)

16 April 2017 , Ujian Hafazan anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM) telah diadakan di Surau As-Syakirin melibatkan peserta-peserta tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Para peserta perlu membacakan surah-surah yang telah ditetapkan mengikut kategori yang ditetapkan. Program ini berlangsung bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.

DISKUSI TARBIYAH PELAJAR DAN GURU

Pada 28 Februari 2017 , program bulanan iaitu Diskusi Tarbiyah buat kali pertama pada tahun ini telah diadakan. Program ini melibatkan semua pelajar dan guru dan telah berlangsung di 2 buat tempat iaitu Surau Al-Falah (pelajar) dan Bilik Mengabang Bakong (guru). Program ini telah diketuai oleh Ustaz Faradin untuk pelajar manakala bagi guru-guru telah diketuai oleh Ustaz Khairul Arafat. Program ini merupakan program bulanan yang diadakan pada hari Ahad bertujuan untuk membentuk sahsiah para pelajar dan guru-guru.

UPDATE 2017

Assalamualaikum w.b.t pembaca sekalian , ini merupakan post terkini berkenaan Badan Dakwah Brains setelah sekian lama menyepi. Pada tahun 2017 , nama bagi Badan Dakwah Brains telah ditukarkan daripada Badan Dakwah Kerohanian Tarbiyah Islamiyah (BAKTI)  kepada Badan Dakwah Rohani (BADAR) bagi menyelaraskan nama badan dakwah di BRaInS dengan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang lain di Malaysia. Petukaran nama ini telah mendapat persetujuan daripada pihak pengurusan BRaInS serta guru penyelaras BRaInS. Setiap aktiviti yang diadakan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

PENUTUPAN IHYA RAMADHAN

24 JULAI 2016, semua pelajar berkumpul di dewan Al-Falah untuk Majlis Khatam Al-Quran bersempena Majlis Penutupan Ihya Ramadhan disamping bersalam-salaman sesama guru dan pelajar. Selain itu, pelajar yang projek khas dan anak yatim diberikan sumbangan hari raya. Setelah majlis ini tamat, semua pelajar dibenarkan pulang.

TADARUS AL-QURAN

Sepanjang bulan Ramadhan, semua pelajar tingkatan 1 hinnga 5 mengikuti program tadarus Al-Quran bertempat di surau As- Syakirin. Program ini diadakan pada setiap malam pukul 7.45p.m. hingga 8.30p.m. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperbetulkan bacaan Al-Quran para pelajar dan mengeratkan hubungan dalam kalangan pelajar serta meningkatkan amal ibadat para pelajar pada bulan Ramadhan Al-Mubarak. Pelajar dibentuk dalam kumpulan mengikut kamar masing-masing.

Salam Ukhwah

Selamat Datang Ke website BAKTI 2015.Laman ini ditubuhkan pada 3 Mac 2015 bagi menaikkan markah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit dalam pertandingan Anugerah Asrama Terbilang (AAT). Laman ini ditubuhkan oleh ahli BAKTI dengan kerjasama dan dorongan oleh semua guru-guru BAKTI. Laman ini bertujuan memberi info-info semasa mengenai surau sekolah dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak BAKTI