ILMU

AlHabib Umar Bin Hafidz pernah berkata dihadapan murid-muridnya :
.
”Jika kalian mempunyai segunung ilmu dan amal kebaikan serta guru kalian adalah pemuka ulama dizamannya, lantas kalian merendahkan seorang muslim, siapapun dia, darimanapun dia, (meski ia adalah orang yg paling hina dan paling banyak dosanya di dunia ini) maka itu sudah cukup menjadi dosa besar yang menutupi semua yang kalian miliki, bukankah Rasulullah SAW telah bersabda ”Sudah cukup menjadi dosa besar bagi seseorang jika ia merendahkan saudara muslimnya”

-kitab Taujihat Atthullab-

Advertisements

HIDUP

๐Ÿ’กHidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.๐Ÿ’ก

๐ŸDunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah banyak kapal karam didalamnya…andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini๐Ÿ

๐Ÿ“ŒKejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.

๐ŸŒปJadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh๐ŸŒป

PAKAIAN DALAM SOLAT

 

Dalam solat berjemaah kita hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan berhati-hati dalam memilih pakaian walaupun tiada niat lain tetapi kita telah menarik perhatian orang lain maka dalam Islam itu sudah dianggap berhias yang boleh meresahkan orang lain.

Kepada wanita yang memakai telekung yang boleh dianggap terlalu menarik dan boleh mengganggu tumpuan orang lain maka seeloknya hanya memakai telekung tersebut di rumah sahaja supaya tidak menimbulkan fitnah. Kadang-kadang si pemakai tiada niat dan tidak ada tujuan tidak baik tetapi pandangan dan fikiran orang lain yang suka menimbulkan kontroversi ataupun fitnah maka inilah peluang mereka menabur fitnah dan sangkaan-sangkaan buruk kepada si pemakai itu.

 

HATI

๐Ÿž” Tapak kaki kita kalau dah keras, pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya sudah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang lembut, terpijak duri sikit sahaja sudah berdarah. Demikian jugalah hati, kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau kita buat dosa.”

[ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ ]

 

JANGAN MENGALAH

 

Jangan biarkan yang haram itu kita nampak halal, yang halal itu kita nampak haram

Jika dosa tidak mampu membuatkan kau menangis , jangan sampai ia membuat kau ketawa gembira.

Bersihkan hati, banyakkan berbudi sebelum kita dijemput ilahi. Sedarlah , dunia ini tidak abadi.

Sentiasa ingat.!

Syaitan tidak akan berputus asa untuk menyesatkan manusia sehingga hari kiamat.

Merekalah musuh yang nyata kepada diri kita.

Jangan pernah berasa letih dalam menyampaikan kebaikan kerana syaitan tidak pernah berasa letih dalam menyampaikan kejahatan.

Kerana Aku Hidup Untuk Dakwah

jangan mengalah

Bilakah kali terakhir kita rasa betul-betul bersemangat mahu mengubah dunia, sepertimana yang pernah kita rasakan usai mendengar Ini Sumpah Kool dan Saya Haibat?Bilakah kali terahkir kita merasakan yang kita benar-benar hidup kerana tarbiyah, untuk dakwah?

Bilakah kali terkahir jiwa kita tergugah membaca bahan-bahan fikrah tulisan tangan berdarah oleh masyaikh dakwah?

Bilakah kali terakhir kita terasa seperti mahu melompat kegirangan penuh hoyeah sambil hidung kembang kempis penuh semangat mahu menyentuh hati-hati di luar sana?

Dan bilakah kali terkahir kita merasakan bahawa tarbiyah dan dakwah ini benar-benar memberikan harapan, betapa Islam akan menang di tangan-tangan kita?

Rasa-rasanya macam sudah agak lama kan?

Kita sudah tidak lagi merasakan kelazatan menghadiri bulatan-bulatan imaniyah dan rabbaniyah.

Kita sudah tidak dapat lagi memaknai buku-buku fikrah dan bahan-nahan tarbiyah yang kita telaah.

Kita sudah lupa akan betapa hangatnya nikmat berukhuwwah di atas jalan dakwah.

Kita sudah tidak dapat menikmati ayat-ayat chentaNya yang suatu ketika dahulu seringkali mengusik jiwa kita yang paling dalam.

Continue reading “Kerana Aku Hidup Untuk Dakwah”