PENUTUPAN IHYA RAMADHAN

24 JULAI 2016, semua pelajar berkumpul di dewan Al-Falah untuk Majlis Khatam Al-Quran bersempena Majlis Penutupan Ihya Ramadhan disamping bersalam-salaman sesama guru dan pelajar. Selain itu, pelajar yang projek khas dan anak yatim diberikan sumbangan hari raya. Setelah majlis ini tamat, semua pelajar dibenarkan pulang.

Advertisements

TADARUS AL-QURAN

Sepanjang bulan Ramadhan, semua pelajar tingkatan 1 hinnga 5 mengikuti program tadarus Al-Quran bertempat di surau As- Syakirin. Program ini diadakan pada setiap malam pukul 7.45p.m. hingga 8.30p.m. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperbetulkan bacaan Al-Quran para pelajar dan mengeratkan hubungan dalam kalangan pelajar serta meningkatkan amal ibadat para pelajar pada bulan Ramadhan Al-Mubarak. Pelajar dibentuk dalam kumpulan mengikut kamar masing-masing.

Kerana Aku Hidup Untuk Dakwah

jangan mengalah

Bilakah kali terakhir kita rasa betul-betul bersemangat mahu mengubah dunia, sepertimana yang pernah kita rasakan usai mendengar Ini Sumpah Kool dan Saya Haibat?Bilakah kali terahkir kita merasakan yang kita benar-benar hidup kerana tarbiyah, untuk dakwah?

Bilakah kali terkahir jiwa kita tergugah membaca bahan-bahan fikrah tulisan tangan berdarah oleh masyaikh dakwah?

Bilakah kali terakhir kita terasa seperti mahu melompat kegirangan penuh hoyeah sambil hidung kembang kempis penuh semangat mahu menyentuh hati-hati di luar sana?

Dan bilakah kali terkahir kita merasakan bahawa tarbiyah dan dakwah ini benar-benar memberikan harapan, betapa Islam akan menang di tangan-tangan kita?

Rasa-rasanya macam sudah agak lama kan?

Kita sudah tidak lagi merasakan kelazatan menghadiri bulatan-bulatan imaniyah dan rabbaniyah.

Kita sudah tidak dapat lagi memaknai buku-buku fikrah dan bahan-nahan tarbiyah yang kita telaah.

Kita sudah lupa akan betapa hangatnya nikmat berukhuwwah di atas jalan dakwah.

Kita sudah tidak dapat menikmati ayat-ayat chentaNya yang suatu ketika dahulu seringkali mengusik jiwa kita yang paling dalam.

Continue reading “Kerana Aku Hidup Untuk Dakwah”

Salam Ukhwah

Selamat Datang Ke website BAKTI 2015.Laman ini ditubuhkan pada 3 Mac 2015 bagi menaikkan markah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit dalam pertandingan Anugerah Asrama Terbilang (AAT). Laman ini ditubuhkan oleh ahli BAKTIΒ dengan kerjasama dan dorongan oleh semua guru-guru BAKTI. Laman ini bertujuan memberi info-info semasa mengenai surau sekolah dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak BAKTI