ILMU

AlHabib Umar Bin Hafidz pernah berkata dihadapan murid-muridnya :
.
”Jika kalian mempunyai segunung ilmu dan amal kebaikan serta guru kalian adalah pemuka ulama dizamannya, lantas kalian merendahkan seorang muslim, siapapun dia, darimanapun dia, (meski ia adalah orang yg paling hina dan paling banyak dosanya di dunia ini) maka itu sudah cukup menjadi dosa besar yang menutupi semua yang kalian miliki, bukankah Rasulullah SAW telah bersabda ”Sudah cukup menjadi dosa besar bagi seseorang jika ia merendahkan saudara muslimnya”

-kitab Taujihat Atthullab-

HIDUP

💡Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.💡

🍁Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah banyak kapal karam didalamnya…andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini🍁

📌Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.

🌻Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh🌻

PAKAIAN DALAM SOLAT

 

Dalam solat berjemaah kita hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan berhati-hati dalam memilih pakaian walaupun tiada niat lain tetapi kita telah menarik perhatian orang lain maka dalam Islam itu sudah dianggap berhias yang boleh meresahkan orang lain.

Kepada wanita yang memakai telekung yang boleh dianggap terlalu menarik dan boleh mengganggu tumpuan orang lain maka seeloknya hanya memakai telekung tersebut di rumah sahaja supaya tidak menimbulkan fitnah. Kadang-kadang si pemakai tiada niat dan tidak ada tujuan tidak baik tetapi pandangan dan fikiran orang lain yang suka menimbulkan kontroversi ataupun fitnah maka inilah peluang mereka menabur fitnah dan sangkaan-sangkaan buruk kepada si pemakai itu.

 

IFTAR JAMAIE’

         Pada 14 Jun 2017 , program ‘Iftar Jamaie’ telah diadakan bertempat di Dewan Makan . program ini telah melibatkan semua pelajar , para guru serta pekerja swasta BRaInS. Program ini diadakan bertujuan meraikan kehadiran Ramadan dan merapatkan hubungan antara warga BRaInS ini diserikan lagi dengan kehadiran para guru dan warden bersama anggota keluarga masing-masing. Nasi Arab menjadi menu utama dalam program tahunan ini.

KEM AL-QURAN

Bermula 26 Mei 2017 hingga 31 Mei 2017 , Kem Al-QURAN telah diadakan di Surau As-Syakirin melibatkan pelajar Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) Tingkatan 1 dan 2. Kem ini berlangsung selama 6 hari bermula pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam bertujuan untuk membaiki dan memperbetulkan bacaan Al-Quran oleh para pelajar. Semua guru TMUA terlibat secara langsung bagi menjayakan program ini.

HATI

🐞” Tapak kaki kita kalau dah keras, pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya sudah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang lembut, terpijak duri sikit sahaja sudah berdarah. Demikian jugalah hati, kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau kita buat dosa.”

[ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat رحمة الله تعالى ]

 

UJIAN HAFAZAN (MAIDAM)

16 April 2017 , Ujian Hafazan anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM) telah diadakan di Surau As-Syakirin melibatkan peserta-peserta tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Para peserta perlu membacakan surah-surah yang telah ditetapkan mengikut kategori yang ditetapkan. Program ini berlangsung bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.

JANGAN MENGALAH

 

Jangan biarkan yang haram itu kita nampak halal, yang halal itu kita nampak haram

Jika dosa tidak mampu membuatkan kau menangis , jangan sampai ia membuat kau ketawa gembira.

Bersihkan hati, banyakkan berbudi sebelum kita dijemput ilahi. Sedarlah , dunia ini tidak abadi.

Sentiasa ingat.!

Syaitan tidak akan berputus asa untuk menyesatkan manusia sehingga hari kiamat.

Merekalah musuh yang nyata kepada diri kita.

Jangan pernah berasa letih dalam menyampaikan kebaikan kerana syaitan tidak pernah berasa letih dalam menyampaikan kejahatan.

DISKUSI TARBIYAH PELAJAR DAN GURU

Pada 28 Februari 2017 , program bulanan iaitu Diskusi Tarbiyah buat kali pertama pada tahun ini telah diadakan. Program ini melibatkan semua pelajar dan guru dan telah berlangsung di 2 buat tempat iaitu Surau Al-Falah (pelajar) dan Bilik Mengabang Bakong (guru). Program ini telah diketuai oleh Ustaz Faradin untuk pelajar manakala bagi guru-guru telah diketuai oleh Ustaz Khairul Arafat. Program ini merupakan program bulanan yang diadakan pada hari Ahad bertujuan untuk membentuk sahsiah para pelajar dan guru-guru.

UPDATE 2017

Assalamualaikum w.b.t pembaca sekalian , ini merupakan post terkini berkenaan Badan Dakwah Brains setelah sekian lama menyepi. Pada tahun 2017 , nama bagi Badan Dakwah Brains telah ditukarkan daripada Badan Dakwah Kerohanian Tarbiyah Islamiyah (BAKTI)  kepada Badan Dakwah Rohani (BADAR) bagi menyelaraskan nama badan dakwah di BRaInS dengan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang lain di Malaysia. Petukaran nama ini telah mendapat persetujuan daripada pihak pengurusan BRaInS serta guru penyelaras BRaInS. Setiap aktiviti yang diadakan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.